Sunday, February 27, 2011

Allahyarham Awang Amirul Shafiq Bin Awang Rosli selamat dikebumikan sebelum zuhur 27 Februari 2011

Semoga Allah mencucuri rahmat dan beliau di tempatkan bersama golongan yang soleh. Kenangan bersama Arwah tetap dalam ingatan seluruh warga SMVKu. Bagi kita yang masih diberikan peluang untuk hidup, marilah kita tingkatkan amalan, patuhi segala suruhan dan jauhi segala larangan.



Ketahuilah wahai hamba Allah, bahawa sesungguhnya mati itu benar, masuk ke liang kubur benar, soalan Munkar dan Nakir adalah benar. Bangkit semula daripada kubur adalah benar; perbicaran kerana mengira amalan baik dan buruk adalah benar. Meniti sirat untuk menentukan ke syurga atau ke neraka adalah benar. Syurga dalah benar. Neraka adalah benar. Sesungguhnya hari Kiamat tetap kan tiba tanpa ragu-ragu lagi. Maka Allah akan menghidupkan sekalian manusia.
Semoga Allah tetapkan kamu dengan perkataan yang benar. Wahai jiwa yang tenang dan tenteram, kembalilah kamu kepada Tuhanmu dalam keadaan meredai dan diredai

Saturday, February 26, 2011

Al Fatihah : Awang Amirul Kembali Ke Rahmatullah



Pada lebih kurang jam 5 petang, 26 Februari 2011, Awang Amirul daripada Kursus 5EE telah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Marilah sama-sama kita sedekahkan Al Fatihah dan Yassin kepada Allahyarham. Semoga rohnya dicucuri rahmat. AL- FATIHAH

Friday, February 25, 2011

Catatan Editor : Kisah Sahabat kita Awang Amirul (5EE)

Pada 21 Februari yang lalu, seorang pelajar SMVKu telah terlibat dalam kemalangan jalan raya. Beliau yang saya maksudkan adalah Awang Amirul daripada kursus 5 EE. Beliau yang dalam perjalanan menuju ke sekolah mengalami cedera parah di bahagian kepala. Saya baru sahaja selesai melawat beliau di Wad Neurosurgery Hospital Umum Sarawak. Keadaan Awang agak teruk. Beliau baru sahaja menjalani 2 pembedahan. dan menurut doktor, beliau masih bergantung kepada mesin hayat. Namun, keadaannya sedikit stabil. Saya memohon maaf kerana tidak dapat menyiarkan gambar beliau. Keadaannya sgt menyayat hati saya. Walaubagaimanapun, saya berjaya mendapatkan koleksi gambar beliau untuk tatapan kita.




Awang Amirul (5EE)

Wednesday, February 23, 2011

Lawatan ke Kolej Komuniti Kuching

Para pelajar aliran kemahiran SMVKu yang terdiri daripada pelajar tingkatan 5 kursus Pelukis Pelan Senibina, Mekanik Kenderaan Motor dan Juruteknik Rendah Elektronik Industri telah mengikuti lawatan ke kolej Komuniti Kuching di Jalan Sultan Tengah, Petrajaya Kuching. Lawatan pada 23 Februari ini telah diketuai oleh Guru Kaunseling, En Ngelambong Chin. Lawatan turut diiringi oleh Pn Halimah (JREI), Cik Juahir (JREI), En Redzuan (MKM) dan En Shabrani (PPS).

Rombongan lawatan telah disambut oleh para pemimpin pelajar Kolej Komuniti Kuching dan diberikan taklimat oleh Pegawai Pengambilan, Pn Hamidah. Para pelajar kemudiannya dibawa melawat ke bilik kuliah, studio, bengkel dan kemudahan-kemudahan lain yang ada di kolej tersebut.

Secara keseluruhannya, lawatan ini telah memberikan impak yang positif kepada pelajar. Para pelajar aliran kemahiran dapat mengetahui peluang melanjutkan pelajaran di samping mengetahui kursus-kursus yang ditawarkan di Kolej Komuniti seluruh negara amnya.

Diharapkan lawatan seperti ini dapat diteruskan dan diperluaskan ke institusi yang lain.


Pelajar SMVKu mengabadikan kenangan di Kolej Komuniti Kuching

Lawatan ke studio Pelukis Pelan Senibina


semangat, penuh keyakinan dan senyuman
wajah keriangan dan puas setelah selesai melawat


Sunday, February 20, 2011

Sambutan Maulidur Rasul 1432 H

Pada 19 Februari 2011, bertempat di Dewan Mutiara Gemilang SMV Kuching, telah berlangsung Sambutan Maulidur Rasul 1432 H peringkat SMVKu. Majlis ini telah dihadiri oleh semua guru dan pelajar SMVKu yang beragama Islam dan para pelajar dari Institut Pendidikan Guru Batu Lintang dan SK Batu Lintang. Sambutan yang telah dipengerusikan oleh cikgu Haris Fadzilah ini dimulakan dengan bacaan ayat suci Al Quran oleh Cikgu Muslim Dabong. Acara kemudiaannya diteruskan dengan ceramah maulidur rasul oleh penceramah bebas, Ustaz Hj Azmi Bin Hj Shaari. Majlis diserikan lagi dengan persembahan daripada kumpulan nasyid yang diundang khas iaitu kumpulan Hawary dan persembahan asma al husna daripada pelajar 4 Automotif. Sambutan maulidur rasul ini diakhiri dengan solat zuhur berjemaah.


PK HEM mewakili Tuan Pengetua menyampaikan cenderamata kepada penceramah jemputan


Bacaan Ayat suci Al Quran Oleh Cikgu Muslim Dabong
Ceramah yang penuh ilmiah dan kesedaran oleh Ustaz Hj Azmi Hj Shaari


Persembahan daripada Kumpulan Nasyid HAWARY



 Penampilan istimewa daripada pelajar 4 Automotif

Pelajar daripada IPG Batu Lintang dan SK Batu Lintang yang turut hadir

Pengerusi majlis yang ceria, cikgu Haris Fadzilah