Saturday, April 30, 2011

Lawatan Pelajar Sempena Hari Terbuka ICATS 2011

Pada 29 April yang lalu, seramai 13 orang pelajar kemahiran SMVKu telah mengikuti lawatan ke Kolej Teknologi Lanjutan Sarawak (ICATS) bersempena Hari Terbuka kolej itu pada 29 April - 1 Mei 2011. Turut mengiringi rombongan ini ialah Guru Kaunseling, Pn Salmiah Fudzi dan Ketua Panitia PPS, En Shabrani Mohamad.

Para pelajar bergambar di hadapan salah satu pusat pameran yang disediakan
Sepanjang lawatan itu, para pelajar telah didedahkan dengan peluang-peluang melanjutkan pelajaran di ICATS disamping dapat melihat sendiri suasana pembelajaran dan kehidupan penuntut di ICATS.

suasana di salah satu pusat pameran yang dibuka kepada orang awam

Mesyuarat Permuafakatan GPK(HEM) Zon Sarawak

Seramai tujuh orang GPK HEM dari seluruh Sarawak telah berkumpul di SMVKu pada 29 April yang lalu bagi menghadiri Mesyuarat Permuafakatan GPK HEM Zon Sarawak 2011. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh En Jamali Bin Muhamad itu telah membincangkan beberapa perkara berkaitan pengurusan hal ehwal murid. Turut hadir ialah Pengetua SMVKu, Pn Flora Imor Phillips.

Barisan PK HEM Zon Sarawak bersama Pengetua SMVKu

GPK HEM yang hadir adalah En Jamali Muhamad (SMV Kuching), En Zakaria Ismail (SMV Matang), En Nayan Yamin (SMV Betong), En John Atong (SMV Bintulu), En Mohd Shaymin Tan Abdullah (SMV Miri), En Bolhan Hj Aleh (SMV Sibu) dan Pn Nor Hanani Ismail (SMT Sejingkat).

Pengetua SMVKu meluangkan masa bersama PKHEM Zon Sarawak

PK HEM SMV Matang, En Zakaria menerima cenderahati daripada Pn Flora

Thursday, April 21, 2011

Lawatan Kerja Timbalan Pengarah (Pengurusan Akademik) BPTV

Warga SM Vokasional Kuching merasa amat bertuah menerima kunjungan sulong daripada Tuan Hj Wan Mohd Noor Bin Wan Endut selaku Timbalan Pengarah Pengurusan Akademik, BPTV. Beliau yang dalam rangka lawatan ke Kuching Sarawak meluangkan masa kira-kira 6 jam bersama-sama warga SMVKu.

Tn Hj Wan Mohd Noor menandatangani buku pelawat
Beliau juga turut berkesempatan merasmikan Program Sifar 'G' Subjek Sejarah peringkat SMVKu. Terdahulu, beliau meluangkan masa bersama para pendidik SMVKu berkongsi pengalaman, memotivasi dan memberikan semangat agar terus memberikan yang terbaik kepada prestasi sekolah. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada semua warga sekolah di atas peningkatan GPS pada SPM 2010 yang lalu.

Pengetua SMVKu, Pn Flora menyampaikan cenderamata tanda ingatan daripada warga SMVKu

Sebahagian guru tidak melepaskan peluang bergambar kenang-kenangan bersama Tn Hj Wan Mohd Noor

Wednesday, April 13, 2011

Pertandingan Bola Sepak 18 TKB Zon A MSS Bahagian Kuching 2011

SM Vokasional Kuching telah menyertai Pertandingan Bola Sepak 18 TKB Zon A MSS Bahagian Kuching 2011 yang telah diadakan pada 4 sehingga 7 April bertempat di SMK DPHA Gapor, Stampin. Pasukan Bola Sepak SMVKu telah dianggotai oleh 18 orang pemain seperti berikut:

  1. Mohd Shaffiq Azwani Bin Busrah (4ABM)
  2. Mohammad Amirul Shariq Mohamad Nasir (4ABM)
  3. Mohd Hafez Ajis Bin Hipni (4ABM)
  4. Mohd Al Bazli B. Jaffri (4ABM)
  5. Mohd Ikhwan Bin Johli (4ABM)
  6. Mohd Zul Syafiq B. Salleh (4AUTO)
  7. Syed Azhan Bin Syed Al Badruddin (4EE)
  8. Mohamad Ikhwan Syaffiq Bin Mohammad Ibrahim (4EE)
  9. Putra Fikhiridin Shah Bin Aman Shah (4KAT)
  10. Junius Junevalis AK Julak (5ABM)
  11. Mohd Nurzul Fadhin Azhim Jimmy (5AUTO)
  12. Zaid Azfar Bin Burhaniza (5AUTO)
  13. Nur Amierul Bin Hazmi (5AUTO)
  14. Hanafi Bin Parmin (5AUTO)
  15. Mohd Shahrul Nizam Bin Majidi (5EE)
  16. Ahmad Tarmizi (5EE)
  17. Wan Mohd Zulfakar Bin Wan Abdul Halim Muazam Shah (5JREI)
  18. Muhd Fadhli Bin Semion (5KAT)
TAHNIAH !!! kepada Pasukan Bola Sepak SMVKu yang mendapat Tempat Ketiga !

Wednesday, April 6, 2011

Pentauliahan Pembimbing Rakan Sebaya 2011

5 April 2011 menjadi detik bersejarah untuk 14 orang pelajar SMVKu, apabila mereka ditauliahkan sebagai Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) bagi tahun 2011. Majlis ringkas yang penuh bermakna ini telah berlangsung di Dewan Mutiara Gemilang dan disempurnakan oleh Pn Flora Imor Phillips.

Pengetua SMVKu menyampaikan tauliah kepada salah seorang PRS

Majlis kemudiaannya disusuli lafaz ikrar PRS diketuai oleh Md Muzaffareddin dan sesi bergambar. Diharapkan PRS yang telah ditauliahkan ini dapat memberikan sumbangan dan impak kepada peningkatan akademik dan sahsiah para pelajar SMVKu. Selamat Bertugas!



Tuesday, April 5, 2011

Mesyuarat Agong PIBG 2011

Pada 2 April yang lalu, bertempat di Dewan Mutiara Gemilang telah berlangsung Mesyuarat Agong PIBG SM Vokasional Kuching. Mesyuarat yang dihadiri oleh Ibu bapa dan penjaga itu telah bermula pada jam 8 pagi dengan ucapan aluan daripada Pengetua selaku Penasihat PIBG SMVKu dan YDP PIBG, En Sharkawi. Agenda diteruskan dengan pengesahan minit mesyuarat yang lepas diikuti perkara berbangkit, perbentangan laporan oleh setiausaha kehormat dan bendahari kehormat.


Pengerusi Sementara Pemilihan, En Armanizam dan Pengerusi Majlis, En Haris

Mesyuarat PIBG kemudiannya diteruskan lagi dengan pembubaran AJK PIBG 2010 dan pemilihan baru dilakukan dengan dipengerusikan oleh Pengerusi Sementara, En Armanizam. Berikut adalah senarai nama yang telah dipilih menganggotai Jawatankuasa PIBG SMVKu bagi tahun 2011.


            Yang Dipertua PIBG SMVKu 2011  :  En Leo Aten
            Naib Yang Dipertua PIBG               :  En Mohd Niros Bin Abdullah
            Setiausaha                                      :  En Brandah Saet
            Bendahari                                        :  Pn Nor Kamaliah

           AJK (Guru)                                      Ajk (Ibu Bapa)
           En Lim Ah Juan                                  En Franklin Jack
           Pn Tijah Maskawi                              Pn Fatimah Bt Lee
           Pn Lim Ah Lan                                   Major Francis Ng
           En Thaddeus Anthony                        En Faizul Azhar Bin Ahmad
           En Abd Karim Azis                            En Jalani Bin Jaya
                                                                     En Luju Ak Uja


Jawatankuasa PIBG SMVKu 2011