Saturday, July 30, 2011

Ceramah Ihya Ramadhan 2012

Panitia Pendidikan Islam SMVKu telah menganjurkan satu ceramah khusus bagi menyambut Bulan Ramadhan Al Mubarak. Ceramah telah disampaikan oleh Ustaz Hassan Al Basri daripada SM Teknik Sejingkat. Semua pelajar Islam Tingkatan 4 dan 5 telah mengikuti program ini. Semoga program ini berjaya memupuk kesedaran tentang keberkatan dan keistimewaan bulan ramadhan ini.


PK HEM menyampaikan cenderamata kepada penceramah jemputan


Kursus Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di CIDB

Seramai 34 orang pelajar daripada kursus Pelukis Pelan Senibina telah berjaya menghadiri Kursus Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan yang dianjurkan oleh CIDB dengan kerjasama Akademi Binaan Malaysia. Kursus yang dianjurkan pada 18 Julai yang lalu diketuai oleh Ketua Panitia Kursus PPS, En Shabrani Bin Mohamad. Turut serta ialah Guru Tingkatan PPS iaitu En Faizol Bin Yusof.


Aksi pelajar dihadapan pintu masuk bangunan pentadbiran CIDB

Para pegawai CIDB dan ABM memberikan taklimat sebelum kursus dijalankan


Kusyuk dan tekun mendengar amanat daripada penceramah

Ketua Panitia Kursus PPS,Encik Shabrani Bin Mohamad

Secara keseluruhannya, kursus ini berjalan dengan jayanya. Semoga hubungan baik antara SMVKu dan CIDB/ABM akan terus murni dan berkekalan pada masa yang akan datang

Kem Kepimpinan Pengawas 2011/2012

Pada 15 Julai sehingga 17 Julai yang lalu telah diadakan Kem Kepimpinan Pengawas bagi tahun 2011/2012 bertempat di SM Vokasional Kuching. Seramai 14 Orang pelajar yang lulus temuduga sebagai Pengawas baru telah melapor untuk mengikuti kem ini. Kem kali ini diketuai oleh Ustaz Norhisham dan kem Komander adalah Encik Redzuan. Pelbagai aktiviti telah dijalankan antaranya ceramah kepimpinan, kursus motivasi, latihan fizikal dan mental serta makan malam perdana.


Salah satu aktiviti fizikal yang dijalankan

Kemahiran kreatif dan kritis juga diterapkan dalam diri pengawas

Setiap pengawas harus memiliki kekuatan mental yang teguh

barisan guru yang sanggup mengorbankan cuti hujung minggu
 

Ahli-ahli kumpulan 1


ahli-ahli kumpulan 2
 


Sunday, July 10, 2011

SMVKu - 4 vs PTPL - 1

Pasukan Bola Sepak SMVKu terus menempa nama dipersada sukan bola sepak apabila menewaskan PTPL dalam perlawanan persahabatan yang telah berlangsung pada 9 Julai yang lalu bertempat di Padang BDC, Kuching. Pasukan ini telah diiringi oleh PK KO, En Mohd Amin dan En Rahadian. Tahniah diucapkan~!


PK KO SMVKu bersama pasukan bola sepak SMVKu

Persediaan sebelum perlawanan

Wednesday, July 6, 2011

Program Skor A - Pendidikan Islam

Tarikh   : 4 Julai 2011
Tempat : Dewan Mutiara Gemilang SMVKu
Penceramah  : Ustazah Siti Zulaiha Binti Ibrahim
(Pemeriksa Kertas 1 Pend.Islam SPM)
Peserta    : 77 orang pelajar Islam Tingkatan 5


Ustazah Siti Zulaiha Binti Ibrahim


Palajar kusyuk mendengar ceramah yang disampaikan


Ketua Panitia P.Islam, Ustaz Hj Afnan menyampaikan cenderamata kepada penceramah
 

Lawatan kerja Timbalan Pengarah (Pembangunan PTV)

Pn Hjh Zalihar Binti Abdul Ghani selaku Timbalan Pengarah (Pembangunan PTV) telah melakukan lawatan kerja ke SMVKu pada 4 Julai yang lalu bagi meninjau keperluan naik taraf bengkel mekanik kenderaan motor dan keperluan fasiliti lain. Di kesempatan itu juga, beliau meluangkan masa bagi bersama-sama berkongsi maklumat terkini dan menjawab persoalan daripada warga guru. Terima kasih Puan, semoga berjumpa lagi.

sewaktu sesi perkongsian maklumat bersama warga guru SMVKu

Tuesday, July 5, 2011

Majlis Makan Malam Alumni 2011 - Hotel Grand Magherita

Pada 2 Julai yang lalu, bertempat di Hotel Grand Magherita, Kuching telah berlangsung Majlis Makan Malam yang dianjurkan oleh Persatuan Alumni SM Vokasional Kuching yang julung-julung kali diadakan bermula tahun ini. Majlis yang bertemakan Merah-Hitam ini mengumpulkan bekas-bekas pelajar seawal tahun 1976 sehingga tahun 2010. Sambutan yang diperolehi amat menggalakkan. Menurut Pengerusi Alumni SMVKu Saudara Mohd Amin, majlis seumpama ini akan diteruskan pada masa yang akan datang dan melibatkan lebih ramai lagi ahli Alumni. Turut hadir di majlis tersebut adalah Pengetua SMVKu, JK Alumni dan wakil penaja.


Tetamu yang hadir disambut dengan senyuman yang menawan 


Cikgu Brandah hadir bersama keluarga bagi memberikan sokongan


Saudara Mohd Amin, Pengerusi Alumni SMVKu

Persembahan artis jemputan, IR RADZI yang membawa single terbaru beliau, kontra analisa

Kumpulan HAWARI turut membuat persembahan

Bekas pelajar-pelajar Cikgu Chua yang hadir
 
Gaya anggun Puan Flora pada malam tersebut.


Pn Stephanie Chong menyampaikan hadiah kepada penerima cabutan bertuah

Monday, July 4, 2011

Larian 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia 2011

Sekolah Menengah Vokasional Kuching telah menjadi sebahagian daripada peserta acara terbesar negara pada jam 7.45, 2 Julai yang lalu iaitu Larian Serentak 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia 2011. Acara ini telah dirasmikan oleh YAB Tan Sri Dato' Hj Muhyiddin Bin Hj. Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Pelajaran Malaysia bertempat di Padang Esplanade, Taiping Perak.


Kesemua pelajar dan guru SMVKu telah menyertai larian ini bagi memberikan sokongan kepada Dasar 1 Murid 1 Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia.


Aksi pelajar sebelum memulakan larian

Guru dan Ibu Bapa turut menyertai larian

Pengetua SMVKu, PK 1 dan PK HEM bergambar bersama para pemenang