Monday, July 16, 2012

Kem Kepimpinan Calon Majlis Perwakilan Pelajar 2012

Pada 13 Julai 2012 sehingga 15 Julai 2012, pihak Sokongan Akademik telah menganjurkan Kem Kepimpinan MPP dibawah kendalian Pengarah Program, En Redzuan M. Dzakeri. Program yang disertai oleh 34 orang peserta dan 5 orang fasilitator daripada Politeknik Kuching ini bermula pada jam 230 petang dan mengandungi pelbagai pengisian modul kepimpinan dan motivasi. Kem ini turut dibantu oleh 15 orang guru dan 2 orang pembantu yang terdiri daripada pelajar tingkatan 5. Kem ini telah berakhir pada jam 1230 tengah hari sejurus ucapan penangguhan oleh Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, En Jamali Bin Muhamad.

Para peserta melapor diri bagi mengikuti kem

Salah satu modul kepimpinan yang dijalankan

Wajah-wajah ceria calon MPP KVKu

Disiplin diri menjadi keutamaa sepanjang kem ini

Pengarah KVKu turut hadir memberikan sokongan

Wajah-wajah peneraju kem kepimpinan MPP 2012

Thursday, July 12, 2012

Tahniah dan Terima kasih

Pada 11 Julai 2012 telah berlangsung Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2011 bagi Zon Sabah, Sarawak dan WP Labuan bertempat di Hotel Riverside Majestic, Kuching Sarawak. Seramai 130 orang Pegawai dan Staf daripada Kolej Vokasional/SM Teknik dan SM Vokasional Zon Sabah, Sarawak dan WP Labuan telah menerima pengiktirafan atas kecemerlangan yang ditunjukkan sepanjang tahun 2011. Majlis telah berjalan dengan lancar, meriah dan penuh warna warni.

Terima Kasih kepada semua JK Kerja yang terlibat terutamanya daripada KV Kuching atas komitmen dan usaha yang jitu.Semoga kerjasama yang terjalin semasa menjayakan tugas ini berkekalan dan menjadi kenang-kenangan.

Ketibaan Tuan Pengarah BPTV, Tn Hj Ahmad Tajudin Bin Jab

Bacaan ikrar dan Nyanyian Lagu Perkhidmatan Awam diketuai oleh
 En Shabrani Mohamad (KV Kuching)

Pengerusi Zon Sarawak, En Ng Fook Yin (tiga dari kanan) turun padang memastikan
persiapan berjalan lancar
JK Kerja daripada KV Kuching

Persembahan kebudayaan yang penuh ceria dan warna warni

Lawatan Kerja Pengarah BPTV, Tn Hj Ahmad Tajudin Bin Jab ke Kolej Vokasional Kuching

Bersempena Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Zon Sabah, Sarawak dan WP Labuan yang diadakan di Hotel Riverside Majestic Kuching, Tuan Pengarah BPTV, Tn Hj Ahmad Tajudin Bin Jab telah meluangkan masa beliau dengan mengadakan lawatan kerja singkat ke Kolej Vokasional Kuching. Tujuan lawatan beliau adalah untuk melihat perjalanan Kolej Rintis KV Kuching daripada aspek pengurusan, pengajaran dalam pembelajaran serta maklum balas pelaksana Kolej Rintis KV Kuching.


Tn Hj Ahmad Tajudin Bin Jab berkongsi maklumat terkini Transformasi Pendidikan Vokasional


Meluangkan masa mendengar maklum balas daripada kumpulan pelaksana


Senamrobik 1 Murid 1 Sukan

Dasar 1Murid 1Sukan mewajibkan setiap murid sihat mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan dalam kokurikulum di sekolah. Senamrobik 1 Murid 1 Sukan telah berjalan serentak di 10 ribu sekolah seluruh negara dengan lebih 3.6 juta pelajar program mendapat pengiktirafan Malaysian Book of Records.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata ia secara langsung menaikkan semangat patriotik khususnya dalam kalangan murid sekolah.

"saya bersyukur kerana dasar satu murid satu sukan turut memperlihatkan hasrat kerajaan menjadikan sukan sebagai alat utama perpaduan kerana jelas terbukti sukan boleh menyatu padukan masyarakat berbilang kaum dalam merealisasikan gagasan satu malaysia."


Kolej Vokasional Kuching juga telah mengambil bahagian dan dipimpin oleh PK Kokurikulum/Ketua Unit Jaminan Kualiti, En Mohd Amin Bin Mohamed Noor.


aksi pemanas badan sebelum melakukan senamrobik

Semua pelajar dan guru mengambil bahagian


Majulah sukan untuk negara

Pemantauan BPTV,BPK dan LPM-Program Rintis KV


Sesi taklimat bersama kumpulan pengurusan

Pada 3 dan 4 Julai 2012, satu kumpulan yang terdiri daripada 4 orang pegawai yang terdiri Nazir Jaminan Kualiti, BPTV, BPK dan LPM telah membuat lawatan pemantauan melibatkan program rintis Kolej Vokasional Kuching. Lawatan kerja ini meliputi aspek perjalanan semester pendek dan perancangan semester 2. Sesi pertemuan bersama pengurusan kolej dan jabatan turut diadakan bagi mengenal pasti masalah yang dialami diperingkat akar umbi/pelaksana.

Penerangan semester pendek dan perancangan semester 2 oleh En Shabrani Bin Mohamad

Monday, July 2, 2012

Tahniah~! KVKu Johan 5th Taylor's National Culinary Challenge 2012 Peringkat Negeri Sarawak.

Wakil KVKu bersama pingat masing-masing

Bergambar kenangan bersama Pensyarah Pembimbing

Antara sajian hasil tangan peserta

Kreatif dan menyelerakan.


Semoga Pasukan Kolej Vokasional Kuching memperolehi kejayaan di Peringkat Kebangsaan di Kuala Lumpur. Teruskan Berusaha~!