Wednesday, October 24, 2012

Majlis Graduasi & Kecemerlangan KV Kuching 2012

Seramai 43 orang pelajar aliran Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Kolej Vokasional Kuching diraikan dalam Majlis Graduasi & Kecemerlangan yang telah berlangsung pada 20 Oktober 2012 bertempat di Dewan Mutiara Gemilang. Majlis telah dirasmikan oleh YB Dr Hazland Bin Abang Hipni yang mewakili YB Datu Hj Len Talif Salleh, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Promosi Pendidikan Teknikal) Sarawak. Turut hadir bersama,wakil Pengarah JPN Sarawak, wakil Pengarah BPTV, Pengetua-Pengetua, Guru Besar-Guru Besar, jemputan khas dan ibu bapa.



Pelajar-pelajar yang diraikan adalah daripada tiga kursus SKM yang ditawarkan di KV Kuching iaitu Juruteknik Rendah Elektronik Industri-Peralatan, Pelukis Pelan Senibina dan Mekanik Kenderaan Motor. Para graduan menerima Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 1 dalam bidang masing-masing disamping beberapa sijil penghargaan penglibatan dalam kokurikulum.


Tahniah diucapkan kepada semua graduan yang telah berjaya menamatkan program SKM dan menerima sijil masing-masing. Setinggi-tinggi penghargaan juga kepada tenaga pengajar yang telah memberikan komitmen dan kesungguhan dalam mendidik para pelajar sehingga menjadi modal insan yang mahir dalam bidang yang diceburi.

Tuesday, October 23, 2012

Hari Terbuka dan Kerjaya KV Kuching

KV Kuching telah mangadakan Hari Terbuka dan Kerjaya bersempena Majlis Graduasi dan Kecemerlangan pada 19 dan 20 Oktober yang lalu. Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh En Mohamad Mohi Bin Hj Shafie, Ketua Unit HEM BPTV yang mewakili Tuan Pengarah BPTV, Tuan Haji Ahmad Tajudin Bin Jab.


Pelbagai aktiviti telah dijalankan antaranya gerai jualan, pertandingan sukan dan pameran daripada agensi-agensi luar. Selain daripada itu, lawatan promosi kemasukan ke KV daripada Sekolah Menengah sekitar Kuching turut dijalankan.







Para pelajar KV Kuching turut mengambil kesempatan untuk mencari pendapatan sampingan disamping menimba kemahiran keusahawanan dengan membuka pelbagai gerai jualan makanan dan cenderamata.



Program yang penuh warna warni ini telah berjalan dengan lancar dan meriah. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung.

Tuesday, October 9, 2012

Tahniah !

Editor mewakili JK Buletin Kolej Vokasional Kuching ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Pengarah Kolej Vokasional Kuching di atas penganugerahan Tawaran Baru Kepada Pengetua, Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan. Semoga Kolej Vokasional Kuching akan terus maju dan unggul sebagai peneraju pendidikan vokasional.


Setinggi-tinggi penghargaan juga kepada semua warga Kolej Vokasional Kuching di atas usaha gigih dan kerjasama dalam membangunkan dan memartabatkan pendidikan vokasional sebagai pendidikan pilihan

Monday, October 8, 2012

Lawatan Penanda Aras 5S daripada SMK St Teresa

Pada 6 Oktober 2012 yang lalu, seramai 89 orang guru dan staf sokongan daripada SMK St Teresa telah mengadakan lawatan ke Kolej Vokasional Kuching bagi menanda aras dan mempelajari berkenaan pelaksanaan 5S. Lawatan tersebut diketuai oleh Pengetua SMK St Teresa, Pn Mary John. Peserta telah diberikan taklimat berkenaan Konsep dan Pelaksanaan 5S oleh Pengarah Kolej Vokasional Kuching (KVKu), Pn Flora Imor Phillips dan Setiausaha 5S, En Leong Ming Kien.

Pn Flora Imor Phillips menyampaikan taklimat kepada peserta.
Sebahagian daripada guru-guru SMK St Teresa yang turut serta

 
Bertukar-tukar cenderamata

Pihak pengurusan SMK St Teresa merakamkan kenangan bersama pengurusan KVKu
Melawat salah satu stesen di Bilik Pensyarah