Tuesday, February 19, 2013

Majlis Pelancaran Sambutan Hari Tanah Lembap Sedunia

Kolej Vokasional Kuching telah menyertai Majlis Pelancaran Sambutan Hari Tanah Lembap Sedunia di Tapak Ramsar-Taman Negara Kuching (Wetland) pada 16 Februari 2013 yang lalu. Seramai 24 orang pelajar daripada pelbagai kursus telah mewakili kolej ke acara tersebut diiringi pensyarah pengiring iaitu Pn Salmiah Bt Fudzi dan Cik Noralina Bt Dahlan. Majlis yang bermula pada jam 830 pagi itu telah dirasmikan oleh YB Datu Len Talif Salleh, Menteri Muda Promosi Pendidikan Teknikal dan Menteri Muda Alam Sekitar, Sarawak.

YB Datu Len Talif Salleh semasa merasmikan Sambutan Hari Tanah Lembap Sedunia
Di antara aktiviti yang dijalankan pada hari tersebut adalah penanaman anak pokok paya bakau di Tapak Ramsar, Taman Negara Kuching yang bertujuan memelihara, memulihara dan melindungi hutan paya bakau dan ekosistem hutan persisiran pantai. Pada majlis yang sama, turut disampaikan hadiah kepada pemenang Pertandingan Mengarang Essi dan Dialog yang melibatkan beberapa sekolah sekitar kuching yang terpilih. Saudari Aimi Syazwani Binti Hamidi daripada Kursus Seni Kulinari Kolej Vokasional Kuching telah terpilih sebagai pemenang tempat kedua Pertandingan Mengarang Dialog bersempena sambutan tersebut.

Tahniah diucapkan kepada Saudari Aimi Syazwani


Acara menanam pokok kayu bakau

Bergambar kenangan sebelum pulang ke Kolej


Friday, February 8, 2013

Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar Tahun 2

Pelajar-pelajar tahun 2 program Diploma Vokasional Malaysia yang berjaya mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan akhir semester 2 telah diraikan pada satu Majlis Anugerah Kecemerlangan yang telah diadakan pada 7 Februari 2013 bertempat di Dewan Mutiara Gemilang, Kolej Vokasional Kuching. Sebanyak 11 anugerah diberikan disamping kategori pelajar terbaik mengikut kursus/bidang. Saudara Azib Aziman Bin Bujang daripada kursus Teknologi Automotif telah menerima Anugerah Ketua Jabatan (Mekanikal), Saudara Ignatius Mai Anak Daniel daripada kursus Teknologi Elektrik pula menerima Anugerah Ketua Jabatan (Elektrik&Elektronik) manakala saudari Siti Aminah Bt Yahya daripada kursus Seni Kulinari telah merangkul 2 Anugerah Ketua Jabatan iaitu Jabatan Umum dan Hospitaliti. Tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah!

Siti Aminah Bt Yahya, penerima 2 Anugerah Ketua Jabatan

Saudara Azib Aziman Bin Bujang, penerima Anugerah Ketua Jabatan Mekanikal

Saudara Ignatius Mai Anak Daniel, penerima Anugerah Ketua Jabatan (Elk&Enk)
 

Penerima Anugerah Jabatan, Unit dan Pelajar Terbaik Kursus

Monday, February 4, 2013

Latihan Kemajuan Staf : Branding

Pada 1 Februari 2013, bermula pada jam 2.00 petang sehingga 5.00 petang telah diadakan Program Latihan Kemajuan Staf yang telah disampaikan oleh Pengarah Kolej, Pn Flora Imor Phillips. Latihan yang bertajuk Branding itu merangkumi sesi ceramah, latihan dalam kumpulan dan perbentangan. Para pensyarah telah dibahagikan mengikut jabatan masing-masing dan hasil perbincangan kumpulan dibentangkan pada akhir sesi latihan tersebut.


Pn Flora sedang menyampaikan ceramah Branding

Latihan Dalam Kumpulan Jabatan Elektrik & Elektronik

Aksi daripada Pensyarah Jabatan Pengajian Umum

Taklimat Perlaksanaan SLDN KV Kuching

Pada 4 Februari 2013, bertempat di Bilik Mesyuarat Staff Kolej Vokasional Kuching, telah berlangsung Taklimat Perlaksanaan Program Skim Latihan Dual Nasional (SLDN) oleh Pegawai JPK Wilayah Sarawak diketuai oleh Penolong Pengarah, En Nicholas Bali. Takilmat yang bermula pada jam 10 pagi itu membincangkan aspek berkaitan spesifikasi perlaksanaan program, syarat pengambilan pelajar, kemahiran pengajar dan kemudahan yang ditawarkan kepada pelajar yang mengikuti program ini.

En Nicholas Bali menyampaikan taklimat kepada JK SLDN KV Kuching
Fokus mendengar taklimat yang disampaikan